Mortgage Level Term Takaful (MLTT)

Ramai yang bertanya MLTT tu apa? MRTA apa? MRTT? MLTA?

Secara asasnya, kesemua di atas ialah Gadai Janji. Bahasa mudahnya insurans untuk protect loan rumah kita. Loan ye… Bukan rumah… Iaitu perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (bank) dan juga pihak yang meminjam (pembeli rumah) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal. Sebenarnya benda-benda tu hampir sama tapi memang tak serupa. Mula-mula anda semua kena tahu dulu maksudnya seperti di bawah ni :-

1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful

2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful

3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance

4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

Yang berbeza cuma pada perkatan Takaful, Assurance, Level dan Reducing.

Senang saje nak faham. Pertama, Takaful vs Assurance. Yang Takaful tu patuh syariah dan yang Assurance tu tidak patuh syariah sebab dia konvensional. Kedua, Level vs Reducing. Yang Level maksudnya jumlah perlindungan berkadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa dan yang Reducing tu pulak bermaksud jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan. Gambarajah bawah ni boleh bantu untuk lebih faham…

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris akan mendapat wang lebihan sebanyak RM100,000 + nilai tunai setelah baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful kepada pihak bank.

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris tidak menerima sebarang wang selepas baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful

Kenapa ada Assurance atau Takaful? Sama macam perlindungan yang lain-lain, ada jenis konvensional dan ada jugak yang takaful.

Kenapa ada Reducing atau Level? Yang ni pada dasarnya sebagai memberi pilihan kepada peminjam mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Boleh dikatakan, jenis Level mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding yang Reducing. Perbezaan antara Reducing dan Level boleh dilihat melalui jadual berikut :-

Kalau anda mahukan quotation utk MLTT dari Great Eastern Takaful, terus hubungi saya di 017-3723344 atau surifitriah@gmail.com.

Share This:

8 thoughts on “Mortgage Level Term Takaful (MLTT)”

  1. terima kasih untuk info yang bermanfaat.
    izinkan saya share info di FB saya akan letak credit kepada blog cik ni.

    saya ejen takaful yang baru join dunia ni dalam 3 minggu =)

    1. Suri Fitriah says:

      Silakan en maaruf ✌?️

  2. siti says:

    bolehkah saya tukar insurans perumahan great eastern kepada great eastern takaful ni?
    adakah kedua2nya sama? apa yag berbeza?

    1. Suri Fitriah says:

      Secara ringkasnya, kalau yang dulu tu konvensional ada baiknya Puan Siti gantikan dengan yang takaful untuk menyucikannya.
      Kalau yang dahulu tu jenis MRTA, dia hanya cover jika berlaku kematian atau cacat kekal. Penyakit Kritikal tak cover.
      Tapi kalau yang lama tu MLTA, bermaksud dia cover kematian, cacat kekal dan penyakit kritikal. Cuma dia konvensional.

  3. sallyna says:

    Ok..thanks suri.. 🙂 boleh lihat di blog saya. http://www.takeurstep.blogspot.com

  4. sallyna says:

    Entry yang sangat bagus. Faham dan sangat jelas. Boleh saya share dlm blog saya?

    1. Suri Fitriah says:

      Terima kasih Sally.. tentu saja anda boleh share d blog anda. 🙂

Leave a Reply to sallyna Cancel reply

Your email address will not be published.

Related Post