Nilai Pampasan Insurans/Takaful Anda Cukup Ke???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua…

Lama dah senyap je kan… Takpe… Sekarang kita sembang balik ye. Saya saje la nak tanya anda semua ni… Agak-agak berapa nilai pampasan insurans/takaful korang ek? Ada RM sejuta tak? Setengah juta? Suku juta?

Saya bukan bergurau. Saya memang betul2 maksudkan nilai juta-juta tu! Tahukah anda bahawa nilai pampasan yang besar dan mencukupi adalah sangat-sangat penting sekarang ni? Nilai-nilai tu sepatutnya mewakili nilai perbelanjaan keluarga anda untuk tempoh beberapa tahun.

Mari saya bawa pada satu kisah benar yang berlaku di sekeliling saya pada 17 September 2013. Seorang lelaki yang mempunyai pekerjaan yang stabil bergaji lima angka telah kembali ke Rahmatullah setelah berperang dengan penyakit kanser lebih dari dua tahun. Yang pergi, biarkan pergi. Tapi! Yang ditinggalkan, perlu meneruskan hidup. Setuju?

Bagaimana seorang isteri yang tidak bekerja langsung dan 4 anak kecil hendak meneruskan kehidupan tanpa “breadwinner”? Memang ahli keluarga boleh membantu. Tapi, sampai bila? Berapa banyak sangat yang keluarga sanggup sumbangkan? Saya difahamkan, arwah tidak mengambil sebarang perlindungan takaful baik untuk diri sendiri mahupun ahli keluarga. Bila perkara begini berlaku, perlindungan awal yang dibuatlah dapat membantu meringankan beban.

Cuba bayangkan sekiranya keluarga arwah memerlukan RM8,000 sebulan untuk menyara keperluan seluruh ahli keluarga. Setahun dah RM 96,000 yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Kalau wang simpanan yang ditinggalkan cuma bernilai RM 50,000, sudah terang lagi bersuluh wang itu hanya mampu menampung perbelanjaan untuk tempoh 6 bulan sahaja. Selepas itu???

Anda nampak tak betapa pentingnya meninggalkan wang yang mencukupi untuk ahli keluarga mengikut keperluan semasa? Sekarang anda dah boleh congak berapa nilai perlindungan yang anda perlu.

Apa lagi? Hubungi la saya untuk menambah nilai perlindungan tu!!!

 

 

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post