Percutian 10H 7M Turki 2017

Hi & Assalamualaikum Semua!

Hari ni nak cerita pasal percutian saya ke Turki selama 10H 7M pada 22 hingga 29 April 2017 yg lalu! Percutian ini sebenarnya saya jadikan reward kepada diri saya melalui bonus dan hadiah-hadiah wang tunai yg saya peroleh dari syarikat dan agensi takaful saya. Total kos lebih kurang dalam RM8K tidak termasuk shopping. RM6K utk pakej bersama PotoTravel dan RM2K utk aktiviti-aktiviti pilihan yg saya buat. Ada 4 aktiviti pilihan kesemuanya. Saya menulis di sini bukan untuk membuat perbandingan harga antara pakej yg saya sertai dengan kaedah-kaedah percutian lain. Jadi saya tak berminat nak berbincang kenapa pilih yang itu, kenapa tak ambil yg ini, kenapa pergi situ, kenapa tak pergi sini, kenapa tak itu, kenapa tak ini dan sebagainya. Saya cuma nak kongsi apa yang saya buat di sana. Itu saja.

Kami menaiki pesawat Etihad dari KLIA dan transit di Abu Dhabi sebelum tiba di Istanbul Ataturk Airport. Sebaik sampai di Istanbul Ataturk Airport, kami terus menaiki bas sewa khas dan menuju ke Bursa. Sebelum check-in di hotel, kami sempat menziarahi Masjid Tertua di Bursa yg dikenali sebagai Ulu Mosque.

IMG_5598

Ulu Mosque, Masjid Tertua Di Bursa

Hotel pertama kami check-in adalah di Bursa. Sampai2 je terus dinner. Memang seronok la hati saya, byk makanan lazat disediakan oleh pihak hotel ni. Dari daging-dagingan hinggalah ke buah-buahan, semuanya menggembirakan saya!

Oleh sebab saya berseorangan, maka saya akan join saja mana2 meja yg ada 3 org.

Daging-dagingan

Buah-buahan

Bilik penginapan pun bagus!

Maka saya pun beradu dengan begitu baik sekali untuk persediaan perjalan esok. Esoknya breakfast di hotel itu lagi yg sangat menyelesakan perut saya.

Selamat Pagi! Ni makanan terakhir. Tadi saya dah makan macam2

Lepas breakfast kami meninggalkan hotel. Sebelum meninggalkan Bursa, kami menziarah Masjid Terbesar di Bursa dikenali sebagai Green Mosque. Kami berkesempatan mendengar 5 versi alunan azan yg didemokan oleh Muazzin Green Mosque itu sendiri.

IMG_5653

Bersama Muazzin Green Mosque, Masjid Terbesar di Bursa

Lepas tu ke Green Mausoleum dan last sekali shopping di Silk House.

Green Mausoleum

Silk House

Setengah perjalanan, kami berhenti makan tengahari di sebuah restoran. Tentang makanan, saya tidak bermasalah sebab saya bukan penggemar makanan pedas atau bersambal. Jadi saya boleh terima masakan di Turki dengan bagusnya. Tetapi bagi yg sukakan sambal2, mereka agak sedih untuk makan sebab masakan Turki semua takde rasa, tak macam makanan di Malaysia.

Nampak tu lentil soup dgn nasi. Sebelah tu kambing bakar

Dari Bursa kami bergerak ke Pamukkale. Mesti selalu dengar kan nama Pamukkale ni? Kolam batu kapur bertingkat-tingkat katanya. Di sinilah terletaknya Cotton Castle yg sangat cantik dipandang!

IMG_5752

Sebenarnya ada ramai orang kat sini. Tapi saya berjaya amek gambar tanpa orang2an

IMG_5797

Ni dari bahagian atas. Nampak tak tingkat-tingkat kolam tu.

Sebelum sampai ke kawasan Cotton Castle ni, kami sebenarnya berjalan menyelusuri Antique City of Hierapolis terlebih dahulu. Banyak tinggalan batu bangunan lama seperti teater, gym dan lain-lain dahulu yg masih ada.

Lupa nak amek gambar gym. Bunga pun boleh lah…

Selepas melawat Cotton Castle dan Antique City of Hierapolis, kami di bawa terus ke sebuah Thermal & Spa Hotel yg terkenal di Pamukkale. Sampai je hotel, mestilah makan dulu… Hehehe

Macam nasi Malaysia. Tapi rasa jangan harap samalah. Memang tiada rasa seperti yg anda inginkan.

Hotel ni pi bagi dua katil single pulak kat saya… Org nak 1 king bed… Tak mengapa! Asal boleh lena sudah lah

Lepas makan, saya terus ke Lycus Spa untuk book Turkish Bath malam ni. Sajalah nak rasa Turkish Bath tu mcm mana. Mm… pada saya siapa yg suka spa kenalah cuba sbb dia ada sedikit kelainan…

Ni bahagian luar spa. Turkish Bath nya buat kat dalam la.

Selain Turkish Bath, Thermal Bath pun boleh buat di hotel ni. Kolam air hangat ni semuanya semulajadi disebabkan bentuk mukabumi negara ni sendiri.

Saya tak buat thermal bath ni pasal malas nak salin pakaian. Maka tidur je lah kita lepas massage kat spa tadi.

Esoknya kami breakfast di hotel macam biasa. Tapi hotel di Pamukkale ni masakannya tak sebagus hotel di Bursa semalam. Jadi kita makan apa yg selamat je la ye.

Cereal je lah… Roti dh makan juga sebenarnya

Dari Pamukkale kami bergerak ke Cappadocia melalui Konya. Dalam perjalanan, ada kami berhenti di R&R. Saya amek peluang makan apa nama benda ni pun saya tak ingat. Tapi sedap la bila gabung dgn serbuk tu. Jus oren tu memang power sgtlah sebab 100% guna buah sebenar tanpa tambahan apa2 termasuk gula. 2-3 biji oren juga utk penuhkan cawan saya tu.

Kita try je lah dah ramai orang kata sedap

Lepas tu makan tengahari pula di sebuah restoren. Kali ni nasi dengan ayam!

Tu sup apa saya pun lupa

Sampai di Konya, kami singgah di Mevlana Museum dan Sultanhani Caravanserai. Mevalana Museum ni ialah muzium ahli sufi yg terkenal pada masa dulu. Sgt dihormati orangnya.

Belakang tu makam ahli sufi

Ni pulak tasbih yang digunakan oleh ahli sufi

Yg ni saja mengada kat tulip2 ni. Kat luar muzium ni je…

Selepas selesai melawat muzium ahli sufi, kami ke Caravanserai. Caravanserai ni ialah “hotel” yg diberikan duduk percuma kepada pengembara2. Boleh park sini dan gunalah kemudahan yg ada di sini seperti surau dan bilik mandi. Tapi tu zaman dulu la… Sekarang cuma jadi tempat tarikan pelancong.

Ni la bilik2 “hotel” tu…

Ni sebenarnya surau masa zaman dulu…

Habis melawat kami terus check in hotel di Cappadocia. Di Cappadocia ni pun pegi bagi saya dua single bed. Hadoi… Tak mengapalah.. Asal boleh tidur, sudah!

Pastu kita pun makan malam la kat hotel ni. Jom tengok pulak apa dia masak?

Sama… Macam nasi Malaysia dengan ikan. Tapi rasanya amat mengejutkan!

Sebut Cappadocia mestilah ingat hot air balloon kan? Yes, memang saya nak naik belon tu. Alhamdulillah cuaca mengizinkan. Maka dapatlah kami merasa naik hot air balloon di Cappadocia ni. Memang satu pengalaman yg patut dirasai oleh semua org! Kami gunakana perkhidmatan royalballoon.com.

RoyalBalloon ni ada holding area sendiri yg membolehkan peserta breakfast dulu di sini sebelum naik belon. Kami bertolak dari hotel jam 4 pagi utk ke kawasan belon ni. Nasib bagi breakfast, tak la lapar kan pagi2..

Tu Azlina kawan baru. Dia bawa ibubapa jalan2 Turki. Tapi naik belon ibubapa tak ikut atas faktor kesihatan

Masa ni semua provider tgh sibuk nyalakan api dan kembangkan belon masing2 untuk bawa pelanggan naik atas.

Nampak tak wajah kepuasan dpt naik belon selama 1 jam di udara

Ni memang amek sendiri guna HP saya tau. Bukan google image. Cantik kan?

Lepas mendarat semua org dapat medal dan diraikan dgn makan strawberi dan minum jus. Tu pilot yg pandu kami.

Dah habis celebrate kejayaan naik belon, kami pulang semula ke hotel untuk makan pagi dan mulakan aktiviti hari ini pula.

Selepas bersarapan di hotel, kami ke Underground City of Kaymakli.

Dalam underground city tu lah… Sempit

Pastu pegi tempat buat karpet. Karpet yg buat pakai tangan ni rupanya mengambil masa berbulan atau bertahun untuk siap bergantung kepada saiz! Patutlah mahal turkish carpet yg hand-tufted.

Seorang pekerja sedang mengetuft karpet. Sama kan design atas dengan karpet yg dah di tuft tu..?

Lepas tengok karpet, kita tengok seramik pulak. Di sini pun ada demo buat pasu. Ada sorang ahli rombongan cuba buat pasu dan berjaya!

Saya memang suka beli pinggan. So saya beli pinggan khas design turki kat sini.

Dah habis tengok dua-dua demo tu, kami dibawa ke Passabag Valley yg terkenal dengan bentuk muka bumi yg unik yg digelar fairy chimney.

Tu lah rupa fairy chimney

Takkan tak try tuskish ice cream kalau dh memang sampai turkey kan… Yg ni dibuat dari susu kambing

Panas2 gini memang kena la makan ice cream kan…

Makan tengahari kat sebuah restoran yg terkenal di sini. Cantik kan pinggan turki yg dorang guna tu.

Makan apa tak ingat tapi sedap lah

Belah petang, saya buat aktiviti tambahan safari ride utk pegi ke tempat yg lebih ceruk di Passabag Valley ni.

Tu pemandu Safari Ride kami

Ni mukabumi kawasan ni dari atas

Habis ride, kami balik hotel untuk makan malam pula.

Makan je lah apa yg boleh di makan

Sebelah malam pula, kami berpeluang menyaksikan Turkish Cultural Show yg ada beberapa persembahan. Antaranya whirling dervishes, forklore dan belly dance.

Kat luar nampak macam kedai kecik. Rupanya dalam ada gua macam dewan

Saya enjoy je show ni. Tapi ada ahli yg lain mcm kurang senang la…

Esoknya, kami keluar dari Cappadocia ke Bolu. Kami di bawa ke sebuah jewellery shop yg menjual Turkish Turquoise. Saya pun ambil peluang membeli seutas rantai tangan di sini. Tapi takde pulak gambar kat jewellery shop ni kan.

Dalam perjalanan, kami singgah makan tengahari di sebuah restoran. Kali ni bagi makan nasi dengan lauk. Agak2 apa tu ye?

Nampaknya macam ayam paprik. Tapi sebenarnya jauh panggang dari api. Tak tahu apa nama makanan ni. Yg penting ada ayam.

Sebelum sampai di hotel, kami berkesempatan singgah di Salt Lake. Masa di sini rasa terkejut sikit sebab pelayan kedai tu dok jerit2 “cuci tangan”, “basuh tangan”, “cuci cuci”! Rupanya dia sibuk nak suruh guna sabun garam dia tu! Patut la asyik suruh cuci tangan je…

Yg saya pijak tu garam… Bukan pasir tau…

Ni la garamnya… Tu panggil Salt Lake kan..

Saya tak beli pun apa2 produk garam ni dengan alasan malas nak berat beg. Pada hal memang tak minat nak beli! Perjalanan kami diteruskan sampailah ke hotel kami di Bolu.

Haaaa hotel ni bagi queen bed. Baru betul…

Sampai di Bolu, ada tambah lagi seronok sebab sejuk. Snow flakes pun masih ada. Kami di bawa ke Abant Lake. Abant Lake ni bila musim winter dia pun beku sama.

First time pegang salji. Walaupun flakes aje….

Abant Lake

Yg ni sebenarnya candid. Saya terjatuh gedebuk masa nak berdiri kat tengah tu.

Jalan-jalan keliling Abant Lake dgn famili Dato’ Dr Ismail Yaacob. Beliau ialah abang kepada lecturer saya, Prof Dr Omar Yaacob masa di UTM dulu…

Habis dah jalan-jalan kita pun apa lagi? Makan malam la… Di hotel juga. Hotel ni masakannya enak. Maka kita semua happy lah!

Makan nasi Malaysia dulu…

Pastu daging-dagingan

Pastu buah-buahan

Lepas makan, berehat saja di bilik sambil menonton TV.

Esok kami akan tinggalkan semua country-side ini dan akan menuju ke Istanbul.

Check-out jom

Hari ni kami akan tinggalkan Bolu dan bergerak ke Istanbul. Sebelum cek in, kami singgah leather shop dulu. Di sini mereka tunjukkan mcm mana pakaian2 kulit dibuat dengan tangan. Lepas tu, ada fashion show jaket2 kulit yg bagus2. Dan lepas tu sesi shopping la… Saya pun beli jugak sehelai jacket dwi-warna utk kegunaan akan datang. Memang puas hati dengan kualitinya!

Di sini semua proses guna tangan dan tenaga manusia utk hasilkan jacket kulit

Dah puas hati beli barang2 kulit tu, kami pun pegi makan tengahari. Makan apa tu?

Makanan ni nampak lebih dekat di hati kan… Tapi, rasa memang tak samalah!

Lepas makan tu, kami menaiki Bosphorus Cruise. Selat Bosphorus ialah selat yg memisahkan Turki-Asia dengan Turki-Eropah. Maka kita tengoklah sekeliling kita. Memang ada beza ketara antara bahagian Asia dgn bahagian Eropah.

Lama juga merentas Selat Bosphorus ni

Lepas cruise, kami di bawa ke Emirgen Park utk menyaksikan pesta tulip.

Macam2 warna ada sini…

Dah tengok tulip2 tu, barulah check in di hotel untuk menginap 2 malam di Istanbul. Hotel yg di Istanbul ni sangat luas. Sungguh menyeronokkan!

Camni baru best…

Tak tau nak sembang dengan sape sorang2 tu.. Haha

Sebelah malam, lepas dinner saya tak tahu nak buat apa. Maka saya pergi main bowling kat mall sebelah yg bersambung dgn hotel kami. Ada amusement park juga. Tapi saya tak minat sangat, maka tak pegilah. Lepas bowling, shopping sikit kat mall tu.

Makanan di hotel ni juga agak baik. Tapi tak tau nape takde amek gambar. Lupa kot.

Sorang pun boleh…

Dah habis shopping kat mall sebelah, kita pun tidurlah kan…

Keesokan harinya, perjalanan di sekitar Istanbul dimulakan.

Pagi ni barulah kami nak melawat tarikan pelancong yg popular di Istanbul. Dimulakan dgn Hipprodome.

Depan Hippodrome

Lepas tu baru ke Blue Mosque. Nama dia Blue Mosque bukan sebab warna biru pada body. Tapi warna biru pada jubin istimewa di dalamnya.

Ni luar Blue Mosque

Kemudian, pastilah melawati Hagia Sofia. Tempat ni memang special… Kena lawat!

Dalam Hagia Sofia

Lepas tu jalan lagi di Topkapi Palace pulak. Luas tempat ni. Tak larat nak jalan semua. Saya jalan sikit2 je

Byk bahagian dalam Topkapi ni. Saya pegi bahagian dapur je

Disebabkan letih berjalan, saya pun duduk di satu gerai. Ada pulak jual jus buah segar kan! Saya pun order la Jus Delima. Sebenarnya saya sangat sukakan keaslian jus di sini. Anda boleh tengok camne jus tu dihasilkan. Ringkas dan pantas!

Waktu tengahari kami makan di sebuah restoran.

Ikan ni popular kat turki tapi tak ingat nama apa.

Ni lepas makan tengahari…

Lepas makan tengahari kami ke Grand Bazaar dan Spice Market! Grand Bazaar memang grand la sebab berlorong-lorong. Semua benda ada di jual di sini. Tapi kami telah dinasihatkan awal2 utk pandai-pandailah berbelanja di sini. Al maklumlah tempat tarikan pelancong. Maka mungkin ada helah kalau kita tak bijak.

Grand Bazaar

Disebabkan saya takde apa nak beli sangat di sini, maka saya lepak di luar sambil makan buah berangan dan jus delima!

Minum petang katanya…

Di Spice Market pula nampak lebih tempatan. Saya beli kacang special kat sini. Sedap kacang tu. Rupa pun pelik. Hahaha

Spice Market

Habis bershopping di Spice Market, kami pulang semula ke hotel untuk makan malam dan berehat sebelum berangkat pulang esok.

Lepas breakfast, kita pun check out la nak balik ni!

Selamat Tinggal Istanbul!

Sebelum ke airport untuk kembali ke Kuala Lumpur, kami singgah dahulu di Al-Fateh Mosque. Luas kawasan masjid ni. Nak pergi tandas pun jauh.

Al-Fateh Mosque

Maka dengan ini, berakhirlah destinasi lawatan kami di Turki ini. Semua dah boleh pulang dengan membawa 1001 pengalaman dan kenangan untuk dijadikan cerita kepada generasi akan datang. Bagi saya, Turki adalah 1 negara yg sangat patut dilawati kerana menyimpan pelbagai sejarah peradaban dunia di dalamnya. Semoga catatan saya dapat menggembirakan anda yg membaca!

InsyaAllah tahun hadapan saya nak tengok Jepun pulak!

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post