Pada 24 April 2018 saya berpeluang bercerita kepada seluruh warga Zesters berkaitan blog saya ini dalam weekly gathering kami yg dikenali #oymgzg. Almaklumlah zaman sekarang semuanya online. Jadi nak buat marketing takaful pun perlulah ada channel yg online selain dari yg fizikal kan? Pada malam itu saya kongsikan bagaimana saya mengendalikan blog saya ini untuk tujuan marketing. Alhamdulillah… Sedikit sebanyak dapat juga membuka minda dan memberi idea yg bernas untuk rakan takaful yg lain utk turut membuat pemasaran secara online melalui website!
Ketahuilah bahawa kami di ZEST sentiasa memberikan yg terbaik kepada para perunding takaful kami. Selain pengetahuan langsung tentang takaful, banyak lagi segmen ilmu-ilmu lain turut dipelajari demi melahirkan perunding-perunding takaful yg informatif, kompeten dan terbilang! Kelas-kelas ini dijalankan pada setiap hari Selasa jam 8.30 malam secara percuma sepanjang tahun.
Marilah bernaung di bawah ZEST demi kepentingan masyarakat. Kami komited melahirkan perunding-perunding takaful yg celik dan berdaya saing di pasaran! Hubungi saya Suri Fitriah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya hebat dalam bidang takaful!