Real Story : Kemalangan Patah Tangan Kiri

Hi dan Assalamualaikum Semua!

Entry kali ini menekankan tentang KREDIBILITI Medical Card Great Eastern Takaful.

Ni nak story pasal client kawan saya. Client tu telah ditimpa kemalangan motosikal sehingga menyebabkan beliau patah tangan kiri. Kejadian ini berlaku di Pulau Pinang. Kawan saya yg bernama Nalia (agen) tinggal di Kuala Lumpur.

Lebih kurang hampir jam 1 pagi, Nalia (agen) telah menerima panggilan telefon dari nombor clientnya. Tetapi yg sedang bercakap di telefon itu adalah seorang stranger. Rupa-rupanya pemanggil itu adalah seorang yg baik hati yg sedang membantu client Nalia yg sedang cedera akibat kemalangan. Pemanggil itu menghubungi Nalia apabila melihat nombor telefon Nalia yg dilekatkan oleh client pada Medical Card miliknya.

Client telah pun dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebab orang yg membantu tak tahu nak hantar ke hospital mana. Apabila dah masuk ke HSJ, client mendapati ramai lagi mangsa-mangsa lain yg lebih parah daripada beliau. Oleh itu, client tidak menjadi keutamaan bagi HSJ sebab ada banyak lagi kes yang lebih serius. Maka, client perlu menunggu giliran yg agak panjang untuk dirawat. Mengikut diagnos awal, client akan dibedah.

Apabila Nalia mendapat tahu bahawa clientnya berada di HSJ, beliau berasa bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan dan rawatan yg lebih baik kepada client itu. Untuk itu, Nalia telah berusaha keras untuk membuat arrangement memindahkan clientnya ke hospital panel Great Eastern. KPJ Penang adalah hospital panel Great Eastern yg paling dekat dengan client pada waktu itu. Dalam urusan membuat arrangement untuk memindahkan client dari HSJ ke KPJ Penang, Nalia berasa amat teruja apabila pihak KPJ Penang memuji kredibiliti medical card Great Eastern yg dikenali sebagai kad kelabu. Mungkin kerana urusan bersama kad kelabu ini sentiasa mudah dan lancar. 🙂

Setelah arrangement berjaya dibuat, client pun dipindahkan dari HSJ ke KPJ Penang dengan menaiki ambulans KPJ Penang. Perkhidmatan ambulans memang termasuk dalam perkara yang dilindungi dalam Medical Card Great Eastern. Ala-ala dijemput dari KPJ Penang gitu. Sesampai di KPJ Penang, client terus dibedah dan direhatkan di dalam wad.

Duduk beberapa hari di dalam wad, tiba-tiba client rasa gusar pulak dah. Sebab terdengar orang katil sebelah tak boleh discharge sebab insurans dia tak nak tanggung kos rawatan yg dirasakan tidak munasabah. Client dah mula takut dan sangat bimbang kalau-kalau dia akan dirundung nasib yg sama.

Debaran semakin kencang menjelang hari nak discharge. Alangkah gembiranya client apabila mendapati tiada sebarang masalah pada bil rawatannya. Semua yg tertakluk pada kontrak medical card beliau telah ditunaikan tanpa sebarang prasangka.

Nampak tak, kredibiliti Medical Card sebenarnya memainkan peranan yg penting selain daripada sejauh mana coveragenya. Kalau nak tahu Medical Card mana yang paling bagus, pergi la tanya pada kaunter admission/discharge di hospital swasta. Jangan tanya Ah Chai jual udang pulak!

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post