Reward Untuk SNUGroup 21 Days Challenge Contest – ATV Z Extreme & BBQ

Pada 3 Oktober 2020 maka dapatlah saya dan rakan agensi yang lain bertemu bersua muka setelah perjumpaan agensi tidak dapat diadakan sejak bulan Mac. Yelah PKP la, PKPB la, PKPP la… Jadi kami hanya meeting secara online guna aplikasi Zoom. Ternyata jumpa dalam alam maya dengan jumpa secara bersemuka sangat berbeza perasaannya. Hari ni kami semua sebenarnya menikmati reward masing-masing setelah berjaya menyelesaikan contest yang dianjurkan oleh Group Manager kami. Contestnya senang je. Iaitu buat posting di Facebook sebanyak 3 kali sehari mengikut waktu yang telah ditetapkan selama 21 hari! 1 daripada 3 posting tu mestilah berkaitan dengan takaful. Mudah je kan? Itu pun susah juga nak latih consistency tu tau! Alhamdulillah seramai 12 orang berjaya melepasi cabaran ini.

Mula-mula kami makan tengahari dahulu di BBQ Lamb Kemensah. Tempat ni memang ada daya tarikan sendiri yang mana kita berpeluang merasai pengalaman makan masakan BBQ dalam aliran sungai. Haha! Itulah keunikannya. Tak dinafikan masakan BBQ di sini memang lazat tak kisahlah apa jenis haiwan pun yang di BBQ tu. Ini sebenarnya kali kedua tempat ini dipilih sebagai tempat makan untuk reward agensi kami. Nampak sangat memang sedap kan?

Lepas dah puas makan, dah rehat sekejap dan solat Zohor, maka kita sambung reward kedua. Apa lagi kalau bukan main ATV! Saya personally memang suka juga main ATV ni. So memang layan lah! Kali ni ATV yang kami tunggang adalah jenis yang besar dan tahan lasak punya. Nama tempat tu ATV Z Extreme, Kemensah. Memang sedaplah bawak laju-laju redah je apa ada kat depan tu. Yang terselit pun ada. Haha.

Pada hari ini kami tak dapat lalu jalan yang sepatutnya kami lalu. Jadi pihak ATV bawa ke tempat lain yang menawarkan pemanduan yang lebih memuaskan. Memang seronoklah kitorang. Sebelum tamat, singgah sebentar di sungai buat benam-benam. Saya sorang je yang turun. Sebab yang lain macam tak suka sungai tu. Mereka kata air tak mengalir lah, berbau lah, macam-macam. Terpulang lah kepada penilaian masing-masing. Tapi saya tak kisah sangat part tu. So saya turun je lah.

Apa pun kami semua memang seronok dan gembira dengan aktiviti pada hari ini! Terima kasih GM kami. Semoga lepas ni ada banyak lagi aktiviti kami akan buat bersama!

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post