Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua!
Pada hari ini saya nak berkongsi tentang perjalanan saya dalam tahun 2016 ini bagi mengharungi cabaran sebagai seorang yang nak menyelesaikan requirements untuk bergelar Agency Manager pada tahun 2017! Untuk pengetahuan semua, kerjaya sebagai perunding takaful membolehkan kita mengangkat diri kepada dua tahap yang lebih tinggi. Tahap pertama sebagai Agency Manager (AM) dan tahap kedua sebagai Group Agency Manager (GAM). Ini menunjukkan kerjaya sebagai perunding takaful tidak akan menyebabkan anda berada statik pada position asal sampai bila-bila. Lama-kelamaan dengan sendirinya kita akan menganjakkan diri kita ke tahap yang lebih tinggi. Tahap lebih tinggi sudah tentulah incomenya juga LEBIH TINGGI!
Baiklah… Mari saya cerita apa yang perlu, telah dan sedang saya lakukan untuk menggapai cita-cita bergelar Agency Manager pada tahun 2017. Sebenarnya untuk menaiktaraf diri kepada AM, kita hanya memerlukan dua tahun saja bagi memenuhi requirements yang ditetapkan oleh company. Berikut dikongsikan syarat minimum yang perlu dipenuhi untuk menjadi Agency Manager di Great Eastern Takaful :-
Tahun Pertama :-
Mengutip minimum 75,000 PFYLP secara sendirian
atau
Mengutip minimum 50,000 PFYLP secara sendirian dan lagi 25,000 PFYLP dikutip oleh agen-agen yang kita bawa masuk bersama
Tahun Kedua :-
Mengutip minimum 75,000 PFYLP dengan minimum 24 NOC secara sendirian
dan
Memiliki 4 orang agen yang dibawa masuk yang mana 4 orang agen itu mestilah:-
2 daripadanya mengutip minimum 24,000 PFYLP dengan 12 kes ILP atau mengutip minimum 50,000 PFYLP
2 daripadanya mencapai minimum quota iaitu mengutip minimum 12,000 PFYLP dengan 6 kes ILP atau mengutip minimum 18,000 PFYLP
Selain itu, diri saya sendiri dan kesemua 4 agen saya di atas mestilah mematuhi syarat layak sebagai agen dengan menyempurnakan CPD dan memiliki PR yang baik.
Nota :
PFYLP – Promotional First Year Life Premium (Kutipan bayaran caruman daripada client)
NOC – Number of Cases (Bilangan orang yang dah sign up)
ILP – Investment-Linked Product (Produk yang ada pelaburan secara langsung)
CPD – Continuous Personal Development (Kelas wajib yang perlu dihadiri)
PR – Persistency Ratio (Kadar penerimaan bayaran caruman daripada client)
Haaaaaaa… Nampak macam mudah bila tengok angka-angka yang tidaklah terlalu besar nilainya. Tetapi realitinya tidaklah semudah atau sekecil angka yang dilihat!
Ini kisah saya…
Terus-terang saya katakan, pada awal penglibatan saya sebagai perunding takaful, tidak terlintas langsung di fikiran bahawa saya akan menaiktaraf diri saya sebagai AM. Saya cuma rasa yang saya akan jadi agen biasa sahaja secara part time sampai bila-bila. Tetapi semakin lama dalam industri dan semakin lama mendapat inspirasi dan dibuka minda oleh rakan agen mahupun pihak company sendiri, akhirnya saya cuma mengikut jejak rakan yang terlebih dahulu berada di dalam industri takaful ini. Mula-mula part time, capai contest-contest kecil yang dibuat oleh company, lepas tu full time, capai contest-contest besar pula, lepas tu running 1st Year AM, lepas tu running 2nd Year AM… Memang benar. Saya hanya mengikut apa yang diperkatakan atau apa yang disuruh oleh Immediate Officer (IO) saya. Tahun 2012-2013 saya dipantau oleh GAM Zarina. Tahun 2014 hingga sekarang saya dipantau sendiri oleh rakan saya yang menyebabkan saya berada dalam industri takaful ini iaitu AM Ira.
Walaupun sudah bergelar agen sejak 2012, saya tidak pernah membawa sesiapa pun untuk menjadi agen sama seperti saya. Berbuih mulut IO suruh bawa kawan, bawa saudara atau siapa saja untuk sama-sama menjadi agen. Langsung sekali pun saya tak buat! Hinggalah akhirnya pada tahun 2014, kakak ipar saya sendiri, Kak Naja mengofferkan dirinya untuk menjadi agen bersama saya. Yang lebih menarik tentang agen pertama saya ini ialah, beliau sudah pun mempunyai lesen takaful kerana telah pun lulus TBE Exam beberapa tahun yang lepas. Saya hanya perlu daftarkan beliau dengan Great Eastern Takaful sahaja. Kemudian ada pula seorang budak praktikal di tempat kerja saya, Mawi namanya mengofferkan dirinya untuk menjadi agen takaful juga. Maka saya carikan tarikh untuk TBE exam. Kali pertama malang menimpa dirinya apabila cermin keretanya pecah sebelum menghadiri exam. Beliau membatalkan exam pada hari itu. Dua minggu kemudian, beliau datang sekali lagi untuk menyempurnakan TBE Exam dan Alhamdulillah lulus! Mawi pun turut sama menjadi agen pada bulan September 2014. Itu sajalah agen saya pada tahun 2014. Pada tahun ini saya tak kisah pun tentang promotion ke AM. Sepatutnya saya dah boleh cuba buat 1st Year AM tapi saya tak ambil peduli. Maka berakhirlah 2014 dengan saya hanya agen biasa yang tak buat apa-apa untuk promotion!
Masuk tahun 2015 saya dah mula nampak kawan-kawan lain dalam takaful yang dah ada banyak perubahan dan peningkatan dalam kerjaya. Ramai yang kelihatan begitu selesa dan yakin dengan bidang takaful. Dari situ, saya juga mula ada rasa mahu serius dalam bidang takaful seperti rakan-rakan yang lain. Saya cuba mengajak seorang rakan di tempat kerja untuk sama-sama buat takaful macam saya. Nama dia Mieza. Setelah dipujuk beberapa kali akhirnya Mieza pun setuju untuk ambil TBE Exam dan lulus dengan jayanya. Maka, jadilah Mieza agen takaful bermula Mei 2015. Mieza menunjukkan prestasi yang baik semasa awal penglibatannya dan ia cukup membanggakan saya.
Disebabkan prestasi saya kelihatan baik dalam first half 2015, IO saya si AM Ira pun mula menanyakan soalan cepumas yang berbunyi “Bila exact date nak jadi full time?”. Saya terpinga-pinga nak menjawab soalan itu sebab saya tak pernah fikir pun. Dengan membuat congakan dalam kepala, saya katakan bulan November. Sejak dari itu saya mula berfikir dan mengatur strategi untuk menyiapkan diri saya sebagai fulltime agent! Persediaan dari segi kewangan adalah yang paling penting sebab saya akan hidup dengan pendapatan yang kurang lantaran saya akan kehilangan gaji kerja tetap saya.
Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Tak semena-mena saya telah mengubah fikiran dengan mempercepatkan tarikh menjadi fulltime agent. Pada 31 Julai 2015, secara rasminya saya telah bergelar fulltime agent! Lagi menggembirakan saya ialah apabila ada seorang lelaki yang menemui blog saya ni turut menyampaikan hasrat untuk menjadi agen takaful juga. Satu temujanji diaturkan dan akhirnya, Din lulus TBE Exam dan berdaftar sebagai agen Great Eastern Takaful pada November 2015. Sehingga hujung tahun 2015, saya hanya mempunyai 3 orang agen yang aktif iaitu Kak Naja, Mieza dan Din. Mawi kecundang lantaran perhubungan yang sukar kerana beliau bekerja di Johor.
Dengan pemantauan yang rapi oleh AM Ira, saya telah pun melepasi requirements 1st Year AM dalam tahun 2015. Ini bermakna, saya hanya perlu lengkapkan requirement 2nd Year AM dalam tahun 2016 pula untuk melayakkan saya bergelar AM. Jauh di sudut hati, saya berasa benar-benar mahu menyelesaikan promotion requirement saya untuk naik AM tahun 2017 nanti!
Masuk tahun 2016, setelah saya faham dan tahu bahawa saya perlu memenuhi semua requirements 2nd Year AM, maka saya telah mula membuat monitoring terhadap agen-agen saya bermula dari minggu akhir Disember 2015 lagi. Saya dah siapkan jadual pemantauan bagi setiap collection dan production agen-agen saya untuk saya mengukur prestasi dan kemampuan mereka untuk memenuhi requirements yang ditetapkan. Dalam masa yang sama saya juga perlu menambah agen untuk mencukupkan bilangan agen yang diperlukan. Saya meminta kakak kandung saya, Seri untuk menjadi agen dalam usaha mencukupkan bilangan agen. Beliau bersetuju dan lulus TBE Exam pada Januari 2016. Nasib kurang menyebelahi Seri. Beliau nampaknya tidak mampu terbang dalam industri takaful ini atas apa-apa alasan pun. Saya tidak meletakkan harapan tinggi kepada Seri.
Syukur Alhamdulillah, blog saya menarik perhatian seorang lelaki muda yang optimis untuk menjadi agen juga. Syaiful namanya. Beliau turut bergelar agen pada Januari 2016 setelah lulus TBE Exam dengan jayanya. Ini bermakna saya telah pun mempunyai 5 orang agen. Maka saya sudah patut memantau setiap agen agar tidak terkeluar dari landasan untuk memenuhi requirements 2nd Year AM saya.
Bulan demi bulan, minggu demi minggu saya memantau dengan sebegitu dekat sekali setiap agen yang saya ingin jadikan QA saya. Saya bertambah gembira lagi apabila ada lagi seorang lelaki melayari blog saya dan terus menghubungi saya untuk menjadi agen takaful! Fandi akhirnya menjadi agen takaful pada Mac 2016 setelah lulus TBE Exam. Dengan 6 agen yang ada ini, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan khusus terhadap promotion saya. Semua aspek yang diperlukan seperti collection, bilangan kes ILP, CPD dan PR semuanya saya pantau satu per satu bagi setiap agen. Selain memantau, saya turut memberi bimbingan intensif kepada agen-agen saya untuk mempastikan mereka benar-benar competent dan competitive untuk beraksi di gelanggang takaful.
Pemantauan ini dipantau pula oleh AM Ira demi mempastikan bahawa insan-insan yang sedang running 2nd Year AM di bawah naungannya sentiasa berada pada landasan yang betul dan lancar. Pada suku pertama, saya sudah pun nampak siapakah QA (Qualifying Agent) saya untuk 24K dan siapa pula untuk 12K. Dari projection yang dibuat, saya perlu menggerakkan lagi agen-agen saya agar requirement dapat dicapai dengan segera. Tak perlu tunggu hingga hujung Disember. Saya amat berharap agar pada suku ketiga pun saya sudah memenuhi requirements.
Setelah tamat suku kedua, saya berasa gembira kerana QA saya kebanyakannya on track dan tidak menimbulkan banyak masalah. Saya hanya perlu terus memantau saja. Saya sangat berharap 70% dari requirements sudah pun selesai selepas suku kedua.
Tetapi perkara tidak berlaku seperti yang saya harapkan. Sehingga September 2016, baru 65% sahaja requirements yang telah dipenuhi oleh saya dan QA saya. Ada yang belum cukup kes ILP. Ada yang belum cukup collection. Ada yang belum selesai CPD. Dan ada juga yang belum capai pun expected collection yang sepatutnya. Saya mula berasa resah kerana ada di antara QA yang perlukan banyak lagi sales baru untuk memenuhi requirements. Namun begitu, saya percaya kami tetap akan berjaya melepasi requirements dengan jayanya dan tanpa stress. Buat masa ini, requirement diri saya telah dicapai. 1 agen untuk 24K telah dicapai. 1 agen untuk 18K telah dicapai. Agen ini akan saya pushkan untuk 24K. Dua agen untuk 12K ini masing-masing masih belum cukup 1 ILP lagi dan salah seorang darinya masih belum mencapai expected collection yang masih berbaki 1880 lagi.
Maka bagi 3 bulan terakhir 2016 ini, saya amat perlu berjaga-jaga dan berkorban untuk mempastikan semua QA saya melepasi requirements seleway-lewatnya November 2016. Doakan kejayaan kami! Saya tak sanggup nak menempuh semula 2nd Year AM sekali lagi sekiranya saya tidak jayakan pada tahun ini! Saya mesti berjaya!
Selain dari membuat close monitoring terhadap promotion saya, saya juga sudah mula diberi tanggungjawab seperti seorang leader di agensi kami. Saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan weekly training kami lantaran ketiga-tiga leader sebenar agensi kami tiada pada minggu itu. Setakat kelas untuk agen-agen baru pada setiap bulan tu, memang sayalah yang akan kendalikan pada setiap minggu pertama.
Ada satu perkara lagi yang anda perlu tahu bahawasanya untuk layak bergelar AM, kita perlulah lulus satu peperiksaan yang diberi nama Basic Agency Management Course (BAMC) yang merupakan requirement daripada IBFIM. Kalau pun memenuhi semua requirements yang ditetapkan company, tetapi tak lulus BAMC, maka tak dapatlah naik pangkat… Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan semuanya telah lulus peperiksaan BAMC ini pada bulan Jun yang lepas. BAMC ni pula ada kelas 4 hari yang perlu kita hadiri dan siapkan assignmentnya sebelum menduduki peperiksaan.
Kesimpulannya, untuk menaiktaraf dari Agent Ke Agency Manager tidaklah semudah yang disangka tetapi tidaklah pula sesukar mana. Maka, bulatkan tekad, tumpukan pandangan dan laksanakanlah tanggungjawab. InsyaAllah semua akan berjalan lancar.
Sesiapa yang terbuka minda dan pintu hati untuk cabar diri menceburi bidang takaful ni, jangan lengah-lengah lagi. Terus hubungi Suri Fitriah 017-3723344 untuk kita berjaya bersama dengan Great Eastern Takaful!