Oh, Tidak!!!
Takaful bukan hanya untuk orang Islam! Tapi untuk semua! Orang Cina, Orang India, Orang Serani, Orang Kadeazan, Orang Iban dan sesiapa sahaja boleh menyertai takaful!
Walau bagaimanapun orang Islam sepatutnya memilih takaful berbanding insurans konvensional sebagai perlindungan memandangkan ada unsur dalam insurans konvensional tidak mematuhi hukum syarak. Kini sudah banyak produk takaful berada di pasaran. Tidak seperti lebih 20 tahun dahulu yang mana hanya produk insurans konvensional yang boleh didapati di pasaran Malaysia.
Oleh itu, pilihlah yang berlandaskan hukum syarak supaya kehidupan kita lebih diberkati.