ZEST Sports Day 2022 – Bowling Tournament

Tidak hanya Great Eastern Takaful sibuk membuat aktiviti bersemuka setelah 2 tahun terpaksa ditangguh akibat Covid-19. Agensi kami sendiri, ZEST turut tidak ketinggalan dalam menganjurkan aktiviti secara bersemuka bersama-sama ahli dalam agensi. Pada 20/8/2022 bertempat di Bremm Mall, berlangsunglah Bowling Tournament yang disertai oleh 28 orang pemain. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 pemain. 7 kumpulan dengan warna sebagai nama pasukan telah memberikan saingan hebat sesama sendiri dalam merebut gelaran sebagai Juara!

Setelah hampir 2 jam bermain, akhirnya permainan pun tamat dengan semua pemain telah pun menyempurnakan balingan terakhir. Keputusan diumumkan dengan kumpulan paling corot, iaitu kumpulan Hijau. Tempat keenam kumpulan Putih, diikuti kumpulan Ungu di tempat kelima dan kumpulan Hitam di tempat keempat. Top 3 di pelopori oleh kumpulan Merah di tempat ketiga. Diikuti oleh kumpulan Biru di tempat kedua. Dan Juara Bowling Tournament ZEST Sports Day 2022 di ungguli oleh kumpulan Coklat!

Hijau – Cikmin, Meeza Zack, Putri dan Nizam

Putih – Uzair, Azlina, Nana dan Jera

Ungu – Ariel, Ira, Zila dan Suraya

Hitam – Azman, Fisya, Ayu dan Suri

Merah – Aiman, Herlina, Nalia dan Khairi (Tiada dalam gambar)

Biru – Reezal, Pijot, Hazid dan Aton (Tiada dalam gambar)

Coklat – Mazlan, Kak Lin, Huda dan Anas

Tak kan lah hadiah kumpulan saja kan? Sudah tentu Johan individu mesti ada juga kan? Johan individu lelaki di menangi oleh Mazlan. Manakala Johan individu wanita di menangi oleh tak lain tak bukan, saya sendirilah, Suri Fitriah! Seronok lah kita jumpa kawan-kawan hari tu. Yang paling seronoknya sebab menang!

King of The Match – Mazlan

Queen of The Match – Suri (kenal kan?)

Minum petang turut disediakan sementara main-main bowbling tu kan. Sedap juga bihun dan donat tu…

Semoga semua orang gembira dan ceria selepas sama-sama bermain boling dan sembang-sembang. Agensi kami memang mementingkan ukhwah sesama agen supaya kita tak rasa janggal bila perlukan bantuan. Tak segan nak bertanya. Tak segan nak berkongsi. Kalau korang suka agensi yang macam ni apatah lagi dibimbing oleh Suri Fitriah, korang boleh contact saya untuk berbincang pasal kerjaya sebagai agen takaful. Whatsapp saya di 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post