PERCUMA Pakej Penulisan Wasiat Asas Dengan Penyertaan Hibah Takaful 300,000 i-Great Nova!

Sekali lagi Great Eastern Takaful melakukan langkah bijak dan berani dengan membuat kolaborasi bersama sebuah syarikat amanah demi memberi peluang kepada pencarumnya memiliki pelan perancangan kewangan yang lebih baik! Selain dari melindungi harta, kita juga perlu menguruskan pembahagian harta kita kelak. Nampak tak 7 peringkat pengurusan harta menurut perspektif Islam kat bawah ni.

Perlindungan takaful yang kita ambil, bertujuan untuk melindungi harta. Melindungi harta kita dari hilang dari pemilikan kita. Contohnya ada rumah, ambil takaful untuk lindungi loan rumah tu. So bila berlaku kematian, baki loan dilangsaikan oleh takaful. Akhirnya rumah itu boleh jadi milik waris kita tanpa perlu dilelong akibat tak dapat bayar ansuran. Lagi contoh lain, melindungi simpanan kita dari habis ditarah akibat membayar bil hospital yang mahal. Dengan ada medical card takaful, terselamatlah duit simpanan kita tu apabila diuji musibah sakit atau kemalangan. OK, faham kan tentang perlindungan takaful?

Sekarang ni ramai dah tahu apa sebab mereka ambil hibah takaful. Kebiasaannya untuk jadikan perlindungan pendapatan dan pelangsai hutang. Contohnya sign up hibah takaful RM500,000 sebagai pengganti pendapatan untuk keluarga sekiranya meninggal. Ada juga sign up hibah takaful sebagai pelangsai hutang. Dengan pampasan hibah takaful tu, waris boleh gunakan untuk bayar hutang-hutang yang ditinggalkan. Tapi tahukah anda bahawa walaupun hutang di bank telah dilangsaikan, ada lagi urusan berikutnya yang perlu dibuat. Iaitu proses pertukaran hakmilik. Dari si mati kepada warisnya. Proses ini memerlukan wang dan kepakaran orang yang ahli. Jika tidak, ia boleh membebankan waris dan mengambil masa yang lebih panjang.

Sebab itulah selain pandai mencari harta, pandai mengumpul harta, pandai melindungi harta, perlu juga untuk kita pandai mengurus dan membahagikan harta-harta itu. Harta-harta yang kita ada, perlu lah diurus dan kemudiannya dibahagi dengan baik supaya dapat memberi manfaat kepada waris-waris kita. Tidaklah nanti kita mati sebagai orang yang berharta. Tetapi harta-harta kita tidak dapat dimanfaatkan oleh ahli keluarga kita sendiri. Buat rugi je kerja keras kumpul dan lindung harta dulu. Last-last waris merempat.

Salah satu usaha pengurusan dan pembahagian harta adalah menulis wasiat. Wasiat adalah ibarat janji yang dibuat oleh diri kita dalam membahagikan harta-harta yang kita ada. Dengan adanya wasiat, proses membahagi harta pusaka boleh menjadi lebih mudah kerana hasrat pemilik harta dapat dilihat dengan jelas. Jika tidak meninggalkan wasiat, maka proses faraid akan mengambil alih secara automatik. Wasiat boleh dibuat terhadap 1/3 harta sahaja dan diberi kepada bukan waris faraid. Lebih mudah lagi jika wasiat yang dibuat bertujuan sebagai amal kebajikan.

Dengan menulis wasiat, harta itu secara automatik terkeluar dari kategori harta yang boleh difaraidkan. Ini akan membantu dalam proses membahagi harta kepada waris faraid kerana awal-awal lagi dah tahu harta mana yang perlu ditolak. Menulis wasiat ada kelebihannya tersendiri. Oleh itu, eloklah kita ada akaun penulisan wasiat terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya waris tahu nak bermula dari mana apabila perlu menguruskan harta pusaka kita nanti.

Nak buka akaun penulisan wasiat pastinya ada kos. Ia tidak percuma. Tapi anda boleh dapatkan akaun penulisan wasiat secara PERCUMA sekarang ini hanya dengan sign up plan hibah takaful i-Great Nova daripada Great Eastern Takaful! Promosi ini hanya berlangsung sehingga 31 Julai 2023 sahaja! Hibah takaful i-Great Nova tu ialah produk daripada Great Eastern Takaful yang memberi perlindungan asas Kematian atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh. Anda boleh menambah fungsi tambahan dalam i-Great Nova ini antaranya termasuklah :-

1- Perlindungan tambahan 45 penyakit kritikal

2- Perlindungan tambahan kemalangan sehingga 4 kali ganda

3- Kenaikan perlindungan asas setiap 5 tahun

4- Pengecualian caruman akibat sakit kritikal

5- Membeli unit pelaburan

Bagi setiap plan i-Great Nova dengan nilai perlindungan asas sekurang-kurangnya RM300,000, anda secara automatik akan layak membuka akaun penulisan wasiat secara PERCUMA bersama Awaris Berhad.

Berikut adalah pakej yang anda dapat secara percuma daripada Awaris :-

1- Penulisan wasiat asas bernilai RM500

2- Pindaan wasiat seumur hidup

Kepada yang belum ada sebarang plan hibah takaful atau sesiapa yang ingin menambah perlindungan hibah takaful masing-masing, berikut adalah jadual harga bagi i-Great Nova untuk perlindungan asas RM300,000. Dengan menyertai i-Great Nova seperti di bawah, anda layak untuk membuka akaun penulisan wasiat di Awaris seacara percuma!

Cepat hubungi saya untuk dapatkan tawaran ini! Jika bukan kita yang buat langkah bijak dalam mengurus kewangan dan harta, siapa lagi?

https://jomhibahtakafulnova.wasap.my/

https://jomhibahtakafulnova.wasap.my/

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post